Sunday, July 7, 2013

Cara Pembiakan Ikan Laga

Langkah Pertama: Mengenalpasti Jantina

Cara nak mengenalpasti ikan laga jantan dan ikan betina senang je.  Biasanya ikan jantan berekor panjang, warna lebih terang, dan lebih agresif.  Manakala untuk mengenalpasti ikan laga betina ialah melalui abdomen dan juga biji putih di bahagian anusnya. Tengok gambar kat bawah tu..nampak tak biji putih kat perut tu.


Langkah Kedua: Pilih Induk Yang Matang


  • Untuk membiakkan ikan laga, anda mesti memastikan induk yang akan dibiakkan adalah cukup matang. Ikan laga biasanya dah matang bila mencapai umur 4 bulan sekiranya diberi makanan yang secukupnya. Tapi anda boleh memerhatikan jantina ikan laga tersebut.
  • Jika ikan laga tersebut jantan, ikan tersebut akan membuat buih di permukaan air. Reaksi tersebut menunjukkan bahawa ikan itu sudah bersedia untuk mengawan. 
  • Jika ikan betina pula, anda perlu perhatikan perut atau abdomennya. Induk ikan laga betina yang bersedia untuk dibiakkan mempunyai perut yang buncit dan terdapat biji putih di bahagian anusnya.


Langkah Ketiga: Sediakan Tangki Yang Sesuai

  • Bagi kaedah pembiakan, anda perlu menyediakan tangki yang selesa sekurang-kurangnya bersaiz 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki. Anda boleh menggunakan macam-macam contohnya akuarium, baldi, dan sebagainya. Lagi besar lagi bagus kerana tangki yang besar boleh meningkatkan peluang anak-anak ikan untuk hidup. 
  • Masukkan air lebih kurang 4,5 inci dari dasar. Jangan letak air terlalu dalam, nanti payah induk-induk tu nak mengutip telur mereka. Dalam tangki itu kalau boleh letak sedikit perlindungan untuk induk betina macam kayu atau pokok kiambang. 
  • Satu petua nak kongsi dengan anda semua, anda boleh meletakkan daun ketapang kering atau nama saintifiknya almond leaf ke dalam tangki tu. Daun ketapang ni berfungsi seolah-olah tongkat ali atau booster la untuk ikan ni. Air akan jadi berasid dan sesuai untuk pembiakan.
  •  Untuk meransang pembentukan buih oleh jantan, sebaiknya letak polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih tuh sebab ikan akan suka buat buih di bawahnya.     

Langkah Keempat: Masukkan Induk Jantan Dahulu Dalam Tangki

  • Sebaiknya anda letak induk jantan terlebih dahulu dalam tangki pembiakan. kemudian, masukkan induk betina dalam bekas kaca atau apa-apa bekas lutsinar (biar yang jantan boleh nampak). 
  • Lepas tu masukkan dalam tangki yang ada induk jantan tadi. Ikan ini tak boleh dilepaskan sekali dalam tangki kerana dikhuatiri nanti ikan tu akan berlaga. Jadi, untuk mengelakkan ikan ini berlaga, anda kena kenal-kenalkan diorg dulu. :)

Langkah Kelima: Masukkan Induk Betina Selepas Induk Jantan Buat Buih

  • Sekiranya anda nampak induk jantan telah buat buih. Maknanya dia telah bersedia untuk mengawan. Buih itu sebenarnya adalah sarang. Selepas jantan buat buih masukkan la induk betina. Induk jantan dan betina ini sebaiknya dicampurkan atau dikahwinkan di awal pagi. 
  • Mula-mula anda lepaskan induk betina, induk jantan akan mengejar induk betina. Tapi jangan risau, si jantan tidak akan mencederakan si betina. Biasanya menjelang tengahari ikan ni akan melakukan ritual peneluran. 
  • Ikan jantan akan menari dengan mengibaskan ekornya, membelit betina dan mengutip telur dan memasukkannya ke dalam buih. ’projek’ ni akan berlaku dari setengah jam hinga sejam. 
  • Selepas ‘projek’ itu dah selesai, sebaiknya anda alih si betina dan tinggalkan si jantan sahaja. Kerana si jantan akan menjaga telur dan anak-anak mereka. 
  • Telur-telur tersebut akan menetas dalam masa 24jam hingga 36jam bergantung pada suhu semasa. 
  • Sebaiknya letak di atas kayu atau rak. Jangan letak atas simen. Kerana benih akan mati jika kesejukkan. 
  • Selepas sehari, anak ikan akan menetas, anda boleh samaada mahu mengasingkan induk jantan atau tidak. Kalau anda tengok induk jantan ni makan anak-anaknya, anda perlu asingkan segera. Tapi kalau  induk tidak makan anaknya, tak perlu asing kerana induk jantan ini akan menjaga dan memastikan tangki anda tidak dipenuhi jentik-jentik. Jentik-jentik ini boleh makan anak-anak ikan tersebut.

Langkah Keenam: Penjagaan anak

  • Anak-anak ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas, seeloknya rotifer disamping air hijau sebagai supplemen. Kebaikan air hijau ni dia akan melindungi badan anak ikan dari penembusan cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut. Air hijau ini sebenarnya mengandungi phytoplankton bernama chorella secara majoritinya.
  • Selepas seminggu cubalah dapatkan moina atau artemia untuk peringkat pemakanan seterusnya. anak-anak ikan laga ini akan memakan apa sahaja yang muat dengan mulutnya. 
  • Satu lagi tips ikan laga ini akan lagi cantik dan cepat membesar jika diberi makanan hidup seperti jentik-jentik ataupun frozen blood worm.


Haaa.. ni lah rupanya anak ikan laga yang berusia 5-6 minggu. Menarik!! Anda boleh jadikannya sebagai hobi baru anda. Salam.